Hakikat hidup ini
Seribu nan kisah dirasai
Di pentas lakonan diri
Lakaran kehidupanmu
Tertulis kini
Semua telah termetri
Yang pasti ketentuannya nanti
Suatu hari kan terbukti
Wahai insan apa kau cari
Hidup penuh ilusi
Suka duka datang berganti-ganti
Cuma keikhlasan di jiwa
Menjadi harta berharga
Sucikan hati pasti sinar menjelma
Di kananmu budi kirimu duri
Pilihanmu sendiri
Usahlah kabur di persimpangan
Tetapkan mana haluan
Lakonan di pentas ini
Akan terhenti
Pabila tibanya hari
Yang pasti ketentuannya nanti
Suatu hari kan terbukti
oh, sekonyong-konyongnya (saja guna perkataan baru, bosan la asyik guna tiba2) saya teringat lagu ini.
lagu tok ti tajuk lakaran kehidupan..
korang ingat tak??
masa lagu ni tengah femes gila dulu, time tu TV3 tengah gila2 buat 3D kat tv tu..
habes la semua klip2 video depa buat jadi 3D,
termasukla klip video lagu ni,
masih jelas di ingatan i (wahh ayat..) time tu aku x berapa nak besar lagi la..
eksaited gila la nak tengok klip video tu..
oh, masa tu jeles gila tengok orang ada cermin mata 3D yg kaler merah biru tu..
dalam hati siap cakap nanti besar first gaji ak dapat nak beli cermin mata tu (okay, hiperbola di situ)
tapi sebenarnya bila tengok x de la gempaq mana klip video tu..
setakat keluar cahaya2 kelip2 tu, maen bunga api lagi real..
sape beli cermin mata tu mesti nyesal.. haha.. padan muka..
p/s: post ni ditulis masa sahor ( bukti aku bangun sahor )
No comments:
Post a Comment