Sunday, December 19, 2010

hapdet (update)

hamek ko sekali keje x hapdet2 belog aku.. patutlah blogger2 popular ni selalunye suri rumah yang kaye2 je (no offence ye blogger2 sekalian) untuk org2 seperti aku yg sesuam kuku ni.. kenela berusaha keras memajukan diri kan.. chewah.. oklah sebenanye salah stu sebab x hapdet ialah x de internet.. bila time cam ni rase rindu utp sebab internet utp walaupun kadang2 gile tapi kadang2 laju giler.. plus free (plg pnting).. ni pon bejaya hapdet sebab pinjam broadband rumet sbb belum mampu nak beli sendiri.. nnt dpt gaji kami beli ye(refer kpd aku, wani, n zila sbb kitorg nak kongsi st broadband 3 org, nampak x betapa sedehnye kitorg?? hoho)
tp x pe la.. btw, keje oklah.. mungkin betul kata org study lg best dr keje sebab walaupun sengkek, tp hidup happy je, agak2 penat, mlas bangun pagi, tuang je kelas.. kalo keje?? x ke maut kalo ko tuang keje kan?
tp, apa yg dapat aku simpulkan selepas keje 2 minggu ialah, jd trainee paling x best la compared to study n keje kerana bukan saje sengkek, malah kene buli sikit2, workload pun agak banyak(sbb nak suruh kita belaja n amek pengalaman, positif sikit), tak boleh tuang keje, malah kene tolak elaun jika cuti although mc.. yeah, clap lg, clap lg..
tapi yg bestnye ialah aku dah gi turun plant okeh... ohemji mmg jakun la kan first time tengok menatang2 tu.. distillation column dia mmg tinggi gila i tell u.. furnace? heat exchanger? x yah cakap la besau dia.. mmg semua bende besa la.. apepun, aku berazam sungguh2 nak belaja bnyk2 kat sini so that balik nanti aku leh gunakan semua ilmu yg ada untuk wat final year project yg mantop plus grad with flying colours.. chewah.. harapnyelah..

p/s: kat sini ade org pakai ferrari beb, bmw x yah citer la.. bnyk kot.. tp ade je yg humble pakai kancil je..tibe2 aku rasa semangat giler nak belaja rerajin.. x sabo nak pakai keter besau.. haha

Monday, December 6, 2010

practical training

ingt nak citer semua yg jd pasal intern tapi td akak staff 2 ckp ade trainee tulis everything kat belog n sekarang ni jd issu la n saman menyaman sebab actually semua benda pasal company tmpt kita practical tu kan private n confidential.. so, mind your words ye kawan2, don't put everything inside ut blog nnt korg jugak yg susah.. hehe
just a simple update, first day keje best juge..
my working place mmg betul2 dlm plant la.. main control building..
of course semua lelaki dlm 2, ade dua tiga org je perempuan dah nama pun plant kan, mesti sumer lelaki, wut else do u expect.. hoho
so, my expectation is, aku akan ade bnyk gila kerja since my sv pun kate better bnyk keje rather than x de keje plus his assistance is on maternity leave..
really hope aku boleh kerja dgn ikhlas n dapat bnyk ilmu kat sini..
hope juga engineer, technician kat sini boleh tolong aku kalo aku mintak tolong..
n hope juga my sv x garang.. hehehe
Allah permudahkanlah urusan ku..
amin..

Friday, November 26, 2010

akhirnya sempurna

akhirnya sempurna jugak 4 paper final sem ni.. susah?? of course lah kan.. ingat senang ke nak jadi engineer.. kahkah poyo.. tp sem ni sgt lain lah aku rasa sebab selalunya after paper yg susah giler pas tu x pat jawab memang down abes lah.. tp sem ni bilamana abes je paper, down ke x sumer belakang kira.. cool jek..
yang aku dok mengira sampai time exam pon boleh terfikir ialah moment2 nak berpisah dengan mereka2 ini..


kiranya malam ni lah malam last aku jumpa korang din, ana, mira.. lebeh kurang 8 bulan lg baru jumpa..
kalo boleh bila2 free kite hangout la ye korang.. hehe.. aku rasa melaka cam center je.. so sesuai ar korg dtg melaka.. aku, zila, wani sgt berbesar hati.. hehe..
semoga kita intern happy2 ye semua..
jumpa lagi after intern.. sob2, sedeh lah weyh!! serius..

SAYANG U OLLS

p/s: dang, kau intern donlod running man bebanyak okeh!! nanti after intern aku amek.. hehe

Monday, November 22, 2010

tukar profesion

study CPDC memang kasik aku hangin satu badan..
mana dia nak letak cos, dia letak, mana dia rasa nak taruk sine, dia taruk..
aku tau ade sebab dia letak segala menatang jadah tu.. tapi yg problemnye.. aku tak tau kenapa..
why? limaza? por que? 

yg aku risau time intern kang, mana la tau sv aku tetibe je tanya "nazeerah, find transfer function for this process, and untuk process semalam, tolong draw bode diagram dia ye.."
x ke maut aku nak menjawab??
time2 ni memang cenderung je rasa nak tukar profesion, jd cekgu tadika pon ok gak..
nak jd belog writer tegar, follower pon setakat ada 13 org.. tu pun lepas paksa member2 sehousemate jd follower.. apa kess kan..

kalo income nuffnang aku tetiba jadi 3500 mlm ni.. serius aku tukar profession.. titik

Friday, November 19, 2010

semakin hari semakin touching

baca title pon dah rasa geli..
gay gila title post kan??
tapi lantak lah, lebih kurang seminggu je lagi nak dok utp ni..
mengadap exam.. means tinggal lebih kurg seminggu gak aku stay ngn dak2 gila ni..
dindang, mira, ana, zila ngn wani..
walaupun aku bakal dok ngn zila ngn wani selama 8 bulan, tapi mesti suasana x sama jugak kalo bertiga ngn berenam, walaupun lagu acha septriasa kata berdua labih baik, tapi aku tetap rasa berenam lebih baik..
belum betul2 intern lg, bayangkan je dah leh wat air mata jantan aku menakung beb..
dah tu berpisah lak ngn rumet terchenta aku sejak dr foundation.. beliau di kedah, aku di melaka..
 ohemji, serius touching!!
dah tu pagi2 (tengahari sebenarnya) dengaq lagu sebuah pertemuan by UNIC..
bertambah2 touching aku..
korg, 8 bulan, jgn lupa aku tau.. aku ni x ramai kawan.. korg la member aku donia akhirat..
amek kau ayat aku..



p/s: yg x tau lagu tu, pi google cepat.. download kat 4shared ye.. hehe

Tuesday, November 16, 2010

raya raya

ingatnye aku akan cool n ok jek raya kat utp ni..
tp hari ni, walaupun belum raya lagi, serius aku dah rasa sendu beb..
ni yg nak denga lagu sudirman dr jauh ku pohon maaf nak kasik tambah mood perantau..
ni baru kat tronoh.. kalo betul2 kat toronto?? mau gila meroyan aku dok meraung kat tepi jalan..
moral of the story, ada hikmah aku belajar kat malaysia jek..
anda2 yg study overseas tu.. macam mana boleh cool je ek??
salute
T_T

Sunday, November 14, 2010

Allah selamatkan kamu Farhana:)

tiru wani, letak gambar dinner:)

just a quick post
hari ni birthday ana, HEPI BESDAY darling!! hehe
semoga panjang umur n murah rezeki,
semoga termakbul semua harapan dan cita2..
kami sayang ana.. friendship forever..
semoga kita semua kawan sampai bila2..
housemate sama after intern tau!!
dien, hang jgn carik rumet baru lak.. kehkeh

p/s: semoga "orang itu" wish birthday ko mlm ni.. hehe.. kalau "beliau" wish sila belanja aku:)

Wednesday, November 10, 2010

setadi week

baru sampai UTP ptg semalam..
dok umah 5 hari best giler wa cakap lu..
disebabkan kat UTP ni dok asek makan maggi je sebab jimat,
haruslah balik umah melantak harah..

hari ni nak start study lah..
org lain (nora) dah nak abis study satu buku CPDC dah agaknye..
aku baru nak setat nih..
first paper 21 nov..

Ya Allah, permudahkanlah urusanku.. amin..



p/s: bakal beraya di UTP, memang leh wat salam perantauan la..huhu..
hari raya pun agak2 kena makan maggi ke??

Wednesday, November 3, 2010

berpesan-pesan kepada kebenaran

KISAH PEMUDA BERIBU BAPAKAN BABI

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa. "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya. "Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami." Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.



Monday, November 1, 2010

suara ku berharap

selama ni dengar lagu ni biasa2 je.. tapi semalam time dinner dak2 ni nyanyi rasa sedap la pulak lagu ni.. balik dinner, try download, tapi tak dapat sebab internet tahap broadband harga 48 hengget di kg soeharto.. mungkin jugak kurang berkat sebab cuba download secara haremm.. lantas tanpa segan silu mintak roomate terchenta send thru gtalk.. kredit kepada dien.. hehe

standart lah bila dah suka satu lagu memang kat playlist ada satu lagu je lepas tu ulang2 sampai panas telinga.. setakat ni belum panas lagi, taik telinga pun masih steady, so ulang lagi, ulang lagi..
lirik dia pun macam best dan agak sesuai dan kena dengan beberapa situasi, contohnya:

situasi 1: mood homesick sedang merindui rumah (especially ziela.. )
so lirik boleh ditukar jadi:
suara dengarkanlah aku, apa khabarnya ayah dan ibuku...


situasi 2: mood rindu member2 time intern, almaklumlah rumah takde tv, jd rindu nak borak n gelak2 tak hengat tu membara gila lah.. wah ayat..
so lirik boleh ditukar jadi:
suara dengarkanlah aku, apa khabarnya semua kawanku..
aku disini merindunya, masih berharap intern bersamanya.. (nya=mereka)

situasi lain belum dapat difikirkan, boleh lah korang tambah sendiri..
mira, ko mesti nak tambah situasi kan??? kahkah..
ulang lagi lagu ni.. betul sedap lah.. x yah cakap aku lame, aku dah tau pun.. hoho




Saturday, October 30, 2010

karut lagi

first draft final exam baru je keluar..
dak2 cheme 3rd year 1st start 21 november kalau tak silap..
paper econs.. boleh tahan lambat start exam.. tp still ada masa lebih kurang dua minggu before intern start, sempat lagi nak prepare tuh, beli sabun ubat gigi segala..

walaupun study week pun belum start, tapi last week aku dah rasa macam study week wa cakap lu.. subjek sem ni mmg semua tough beb.. siap pegi irc lagi study (baru dua hari pegi irc dah kecoh) org lain busy EDX kami lak poyo gi irc.. ciss, nerd.
sebab tension study lah post carut cam kat bawah ni terhasil.. kalau x tension mana mau jadi post science-sastera cenggitu..
apepun, dah boleh agak dah study separa gila pun jawab mesti cam harem..
benda yg aku tak faham tulah selalu nak dijadikan soklan.. ciss lagi, ciss lagi..


malam ni dinner chemo harap makanan best, 45 hengget punye investment tuh..

Thursday, October 28, 2010

carut. eh, karut!!

ape benda lah dinamik dan kawalan bagi proses kimia (baca: chemical process dynamic and control) ni, kalau nak buat proses kimia pun, tak payah lah nak terbalikkan fungsi (baca: transfer function).. ini baru sampai part respon kepada elemen pimpin-ketinggalan (baca responds of the lead-lag element), aku dah rasa separa gila.. belum sampai Skogestad peraturan separuh (baca: skogestad half rule)..macam mana??


lagi satu, apsal pengangkutan pun ada fenomena??



Monday, October 25, 2010

setahun setengah, lama lagi tuh!!

kadang2 terfikir nak je quit study cari kerja..
at least boleh jugak tolong adik2, ringankan beban mak abah..
nak habiskan setahun setengah lama lagi tuh..
nanti bila dah habis lg setahun setengah nak kena cari kerja lagi..
kalau terus dapat kerja tak apa.. kalau kena menganggur?? macam mana?
harap lah aku boleh terus dapat kerja..
kalau boleh masa tu mak abah tak payah kerja lagi, duduk je atas kerusi urut OSIM sambil baca surat khabar kat rumah..
yuran belajar adik2 pun tak payah susah2kan mak abah.. aku je tanggung semua..
adik2 pulak boleh pakai kasut converse, beg adidas pegi sekolah..
baju sekolah pun aku belikan stok2 canggih je semua..
kat rumah pun pakai bibik jek yg kemas rumah, basuh baju, masak segala..
mak, abah, kakak dan adik2, bersabarlah untuk hampir dua tahun je lagi..
insyaAllah, alang akan ubah keluarga kita..

aku harap betul, aku dapat buat semua ni..

Ya Allah, panjangkanlah umur mak abahku agar aku dapat berbuat baik dan beramal soleh buat mereka, ampunilah dosa2 mereka Ya Allah, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku di waktu kecilku.. masukkanlah mereka ke dalam syurgaMu Ya Allah..
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..


post touching di malam2 sebelum test

Friday, October 22, 2010

6 emoticons



2nd post untuk hari ni :)
baru perasan emoticons kat header belog aku ni cukup2 6.. haha

.: ana :.
dia memang slalu loving pun.. mungkin jugak tengah in love sekarang?? hehe


.: Din :.
roomate aku sorang nih memang selalu ngantok je.. haha
tapi sekarang dah kurang sikit ar ngantoknye.. nak2 sejak dia ada PC power.. hardison la katekan..hehe


.: aku aka naz .:
aku mmg selalu happy pon.. kahkah perasan


.: wani :.
dia ni memang kuat nangis.. nangis je keje..
(ko yg tulis dlm belog ko eh wani, aku copy je)hehe


.: mira :.
dia ni memang excited lagi2 kalo bab makanan..
pantang tanya mesti nak.. x tanya pon dia nak.. haha

.: ziela :.
kalo ikot situasi sekarang nih, dia memang tgh panas hati ngan sorang groupmate ETP dia tuh.. hehe.. tapi kalo bukan dlm situasi marah pon, cara dia panggil org pon gaya nak marah.. bnyk mkn cili agaknye.. kehkeh



gonna miss u all time intern nanti.. huhu
zila ngn wani exception, korg confirm aku jumpa hari2.. haha





Wednesday, October 20, 2010

19 oct 1962


semalam birthday emak saya tapi saya tak sempat post kat sini, jadi post hari ini..
tanggal 19/10/1962, kira2 48 tahun lepas emak saya lahir bersama kembar beliau, juga seorang girl (waktu tu girl, sekarang woman)..
tok wan saya bagi nama emak saya Zarinah dan kembarnya pulak Zaliha.. (arwah tok wan saya sangat style sebab walaupun masa itu nama2 org semua stock2 suparman, sorowono, beliau boleh terfikir nak kasik nama zarinah sama zaliha, sikit punya urban tok wan saya..
kalau tanya emak saya siapa kakak siapa adik, mak saya mesti cakap dia pon x tau sebab arwah nenek saya pon x sure.. mwahaha.. tapi kalau org tanya emak saya mesti ngaku kakak sebab dia rasa dia lagi tua plus dia lagi banyak anak (5 org) compared to kembar beliau yg ade 2 org anak je..
mak saya style bukan??
untuk emak, selamat hari lahir, semoga Allah beri yg terbaik untuk mak dunia akhirat..
nanti bila balik alang tunjuk kat mak org wish birthday mak kat fb alang.. hehe


abah, saya, emak saya. (saya kecikkan badan supaya nampak kecik sikit)..
kakak yg snap picture ni, tgn dia asek shaking je, semua gambar dia ambil shaking, sila salahkan kakak saya di atas ketidaksempurnaan gambar..


emak dan saya, tak boleh sorok dah saiz saya mmg lebih kurang dgn emak saya, bukti emak saya sayang saya selalu buatkan makanan sedap, sebab itu badan saya dah sama dgn dia..
gambar kakak juga yg snap, sebab kurang skill kami kelihatan 'rendang' dlm gambar, hakikatnya kami agak tinggi la jugak..

saya sayang emak saya, bapak saya juga..


p/s: semalam mak saya ckp, bila alang nak balik.. boleh kita masak2.. rindunya nak masak2 sama emak.. kenapa la bnyak sgt test minggu depan.. huhu.. good luck test econs esok :)

Friday, October 15, 2010

kerja gila gila

eh, dah jumaat ke?? bila dah hujung2 sem ni cepat betul masa berlalu.
rasa macam baru semalam dapat task project econs padahal dah dekat dua bulan Dr zul bg, hari ni due date, start buat semalam.. amacam?? ada bran?? kami sehousemate sekelas memang kentang nasib baik la bahan untuk projek dah di prepare awal itupun related gambar tak cukup lg.. bertambah-tambah perasa kentang kami bila malam tadi internet blok kami ni down menyebabkan satu gambar pun kami tak boleh cari. ntah berapa banyak carutan manja yg kami bagi kat internet UTP, kami pun tak pasti.. walaupun tanpa internet projek mesti diteruskan jua kalau tak burn la 30% kau..mana nak cari 30%, kalau jadi maid di rumah Dr Zulkifli selama seminggu pun belum tentu beliau bagi 30%, tapi kalau kau jenis yg pandai ambik hati bini beliau mungkin jugak beliau bg 2.5%..
strategi perlu disusun untuk menghasilkan projek yg perform walaupun disiapkan last minute, related picture wajib jugak dicari.. kebetulan hari ini ada klas iCON kat lab building 5..
datang ke kelas dengan muka cute cuba ambil hati pengajar, untuk sejam pertama buat muka faham siap catit notes segala, buat semua yg beliau suruh dekat iCON, masuk jam kedua dah mula buka email usha ade ke x offer intern (hampa), lepas tu, dah tak dengar apa beliau kata, sibuk cari gambar untuk projek econs je lah..
habis kelas iCON pukul 12 sharp, lunch (wajib), terus pegi siapkan projek econs yg tergendala.
akhirnya siap juga dalam pukul 4.20.
siap cepat2, pergi print kat luar, ana drive laju gila, sambil potong kereta kancil kat depan sambil cakap sorry, kami emergency..
siap print lari2 ke building 21, and finally, berjaya masukkan projek econs dlm pigeon hole Dr. Zul, nyaris gila, lg dua minit je nak pukul 5..
nasib baik, alhamdulillah.. hehe
korang2 yang belum expert untuk buat macam kitorang ni, please, jgn tiru aksi ini di rumah ye, dangerous!!!

p/s: harap jam Dr Zul tak cepat 5 minit, nahas lah kalau ya..erkkk~

Wednesday, October 13, 2010

dilema selesai

akhirnya dilema yg melanda jiwa raga hati limpa serebrum seremblum aku selesai dengan aku decline je offer intern J&J..
memang sayang seribu kali sayang tapi mungkin ni bukan rezeki aku.
ye lah, susah jugak nak hidup sorang2 kat PJ nun, aku bukan ada sedara mara kat sana, sewa rumah mahal, kaus aku nak membayornye..
aku yakin ada hikmah di sebalik setiap sesuatu, bak kate din si roomate the puzzles has not been solved yet.. fuh, berabuk english aku..
jadinya, bermula la semula pencarian tempat intern aku..
sesiapa mahu offer, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan (ana, sila take note peribahasa melayu nih, hehe)..

apapun, jauh di lubuk hati aku yakin, aku akan dapat jugak tempat intern yang sesuai.. insyaAllah..
kepada korang, korang, korang yg tak dapat lg tempat intern, jgn kuciwa okay:)
nasib kita serupa..

good luck presentation ETP esok..
dah2, bawak2 la berenti blog walking tuh.. haha


Friday, October 8, 2010

what say you??

i don't expect it to be this early..
baru kejap tadi dapat call lagi from johnson & johnson offer intern..
harap jugak dapat offer lain selain J&J yg sama dgn member se'gang'.. wah mcm gang pengembaraan bermula pulak..
macam mana eh? nak accept ke x?
kalo accept, tetiba tak best, kerja banyak, tension separa gila, macam mana?
kalo dah accept tiba2 dapat offer PPM ke, plant2 yg lg best ke, pulak tu sama dgn teman2 se'gang' menyesal pulak kan??
tapi kalau tak accept, tiba2 sampai ke sudah tak dapat offer mana2 macam mana?
lepas tu kalo dapat offer lain pulak tiba2 dapat offer yg tak sejiwa macam management kat KLCC tu macam mana?

MACAM MANA???

apa kata anda?? what say you??
accept atau tak??
....tolong saya....




penggunaan perkataan macam, mana, macam mana agak banyak dalam entry ini, sila jangan buat muka annoying... tq

Sunday, October 3, 2010

misteri hari ahad

hari ini ahad, esok hari isnin. lusa tulat tonggeng korang tulis sendiri hari apa.
betul hari ini ahad, so bila dapat call terus jawab dengan cool. mana tau rupa-rupanya itu call interview intern dr Johnson & Johnson siap speaking bahasa bukan ibunda (english lah)..
nasib baik aku cool, mana tak coolnya sebab interviewer tu yg banyak cakap siap explain job scope segala, aku cuma jawab hmmm, yes, of course saja..
tapi yang peliknya hari ini ahad, petaling jaya kerja ke??
kenapa mesti telefon hari ahad hari isnin tak kerja ke??
pelik betul.. rajin sangat kerja sampai lupa hari ini ahad ke??
dan...
kalau ditakdirkan aku dapat intern sana, maksudnya hari ahad aku kena kerja juga??
TIDAK!!


P/S: harap by next week ada company yg offer intern sama teman2 serumah.. i tak mau intern sorg2, gila x de life.. huhu

Saturday, October 2, 2010

syukur

laptop sudah sihat, alhamdulillah..
terima kasih kepada tukang betulkan laptop kerana sudi fixkan laptop aku walaupun melayang sehelai duit biru :)
kredit kepada yg berhormat roomate kerana sudi trade in ram laptop beliau kepada aku dgn harga murah, terima kasih :)
bila laptop dah dua tiga kali rosak baru rasa cam nak jaga gila laptop ni at least smpi final year..
harap kau ok je ye laptop, aku tiada modal mau tukar laptop baru~

oh, kepada roomate, selamat menggodek PC baru anda yg semat+power 2 ye..
nanti kalau tengok leverage boleh tumpang LCD screen samsung.. ngehngehngeh :)

Sunday, September 26, 2010

laptop saya sakit lagi

omg my lappy jatuh sakit lagi..
walaupun kali ni tak berapa teruk sampai masuk icu, tapi kalau pegi hospital rasa2 still kena masuk ward.. huhu..
dah cek blood pressure dia semua ok, but still x leh connect ternet.. mungkin ada problem dgn sistem limfa dia la..hoho
btw, terima kasih wani kasik pinjam laptop sementara ko pergi mandi, aku janji guna kejap jek.. hehe
apepun, tiada peristiwa best sepanjang minggu ni untuk di'update'..
next time ada citer best aku update ok:)
babai.............

Monday, September 20, 2010

raya vs wedding

raya tahun ni sangat2 busy sampai aku nak pegi mengusha rumah baru style full house versi tepi parit kepunyaan wak sulastri pon tak sempat..
orang lain semua dah pergi rumah beliau yang dengar cerita siap ada fountain plus taman2 tepi rumah siap spotlight nak kasik highlight garden tu.. aku x de.. korang ada??

berbalik kepada cerita sebenar aku pasal raya yg busy melampau, first raya budak2 dah buat baraan kutip duit raya, dah la kutip duit raya, bg air ada ke patut dia mintak setitik je dlm cawan, ntah berapa rumah la dierang ni serang, siap tumpang2 berak lagi.. x senonoh!!

raya tahun ni jugak sgt busy sebab prepare utk wedding angah aku pada hari raya ke 9.. keluarkan cawan pinggan mangkuk segala, basuh, polish periuk belanga kasik kilat, etc.. penat2..

tapi sedeh sikit sbb ni lah tahun last kami raya sekeluarga, tahun depan angah mesti raya ngn keluarga mertua, tetiba rasa betul gak org kata kalau nak carik suami carik yg yatim piatu x yah gadoh nak balik raya.. (sat gi nak usha rumah anak yatim lah) ngehngeh
tp nak wat camna, lumrah hidup.. jodoh, pertemuan, hidup, mati, semua di tgn Tuhan..

hari ni isnin, aku baru je sampai ke sarang UTP ni dengan menuang dua kelas pukul 8 smpi 12..
haha.. penat gila weyh, lepas kenduri rumah aku, pi belah lelaki pulak, pas 2, tolong mak aku basuh periuk belanga lagi skali, sapu, mop lantai, angkat kerusi meja, sofa, etc.. bnyk kot kerja.. huhu.. korang nanti nak kawen sila sediakan jentera pengemas rumah supaya adik2 korang semua x sakit betis dok mengemas sini sana.. naseb bek dapat duit upah basuh periuk dr abang ipar.. hehe..

apepun, buat angah, dah kawen jgn lupa kami na.. selalu2 la jenguk mak abah kat kampung..






Monday, September 6, 2010

selamat hari raya

selamat hari raya semua orang :)

enjoy lah cuti raya puas2 x yah fikir pasal ETP, intern segala..
come on lah, ni cuti ok, raya pulak tu~
hehe


selamat hari raya aidilfitri
kalau ada salah silap, mohon maaf zahir batin ye,
dr hujung rambut hingga hujung kaki

oh ye, teruskan meng'kelik' iklan nuffnang di belog saya ni ya :)
terima kasih... ngehngehngeh

notakaki: terima kasih sap bg kad raya:)

Tuesday, August 31, 2010

merdekakah puasa kita???

ya kalau perasan tajuk post aku hari ni macam bunyi tersirat ja, siap kalau nak dikategorikan dalam komponen sastera tingkatan 5 semua elemen pun boleh guna.. tajuk post yg macam ni stok2 sasterawan negara je boleh guna okay.. *__*

hari ini puasa ke 21 merangkap hari kemerdekaan kita yg ke 53, 1 Malaysia menjana transformasi tema merdeka kita tahun ni ye.. rasa lain macam pulak bila tema tahun ni tukar sebab selalu tu keranamu Malaysia je ulang2, tapi tahun ni lain sikit so kene google untuk dptkn ayat tema yg sebenar :)
bagus jugak Merdeka jatuh bulan Ramadhan, kurang sikit konsert2 celebrate merdeka..
kurang sikit remaja berpeleseran, dan harapnya kurang juga lah maksiat dilakukan..
(sila dengar tazkirah drpd ustzah nazeerah, lepas ni ustazah nyanyi nasyid pulak)

dan lagi, sekarang ni dah masuklah ke 10 malam terakhir ramadhan..
so, paham2 lah ye.. jom lah kita tambah amalan kita.. hekhek

dan lagi, pesanan terakhir, hati2 lah kalau nak drive balik raya, dan sebelum balik tu, make sure bukak belog aku kelik iklan nuffnang dulu okay :)


p/s: earnings nuffnang i dah ade 2 ringgit.. suka2. oh, btw, tajuk ni x de apa pun sebenarnya, saja kasik gempaq sket bunyik dia, mana tau kut2 A.Samad Said google merdeka keluar blog i boleh die kelik nuffnang.. heeh

Saturday, August 28, 2010

puasa, tarawikh, shoping

korang puasa tak hari ni???
baik jawab jujur, tipu dose, mati seksa.. heheh
cerita pasal puasa, hari ni sabtu, dah 18 hari kita puasa..
tak sabar gila nak balik umah~

semalam shoping.
member2 aku je beli baju raya, aku tak pun..
cukup la baju raya yang dah ada kat rumah tu.. banyak2 nak buat apa ye x??
kang raya belum tengahari ak dah tukar tshrt sama seluar track.. cett

oh kelmarin buka+tarawikh kat masjid..
aku ni sebenarnya nak kata allergic tak da la allergic gila, tapi memang tak boleh tahan kalau semayang, time sujud tu terkena bulu2 kat hujung sejadah tu.. tapi masaalahnya, setiap kali aku semayang tarawikh, mesti tempat aku berdiri tu terkena kat port bulu2 sejadah landing.. hadoii..
tension bila sujud bulu2 tu termasuk cucuk2 dalam hidung.. gataii tau..
so nak dijadikan cerita, kelmarin tarawikh, aku pun luruskan saf cam biasa, usha2 tempat sujud, dah best dah tak kena port bulu2 tu, tetiba, wanita separuh umur sebelah aku dengan muka selamber pegi tarik sejadah tu kat dia, elok2 je tinggalkan part berbulu tu kat aku..
ak pandang dia, dia senyum sambil kata, "sorry la dik, akak tak tahan la kalau muka terkena bulu2 tu, gatal.." .................... ak speechless..senyum jugak..
akhirnya ak end up dengan sujud atas bulu2 jugak sampai habis 8 rakaat.. redha..


p/s: tips mengurangkan gatal bulu2 tu masik hidung: time sujud tu tak payah la bernafas beria sangat, inhale sikit2 je.. tak de la bulu2 tu masuk hidung korang :)

Tuesday, August 24, 2010

update lagi update lagi!!


dah lama mengidam mau baca novel ni..
usha2 dekat bookcafe asyik out of stock je..
daripada preview2 yg dah diusha semua cakap best novel ni..
betul ke??
siapa nak tolong belikan buku ni untuk saya sila angkat tangan!!!
(macam tak ada je...)
tak pe lah, minggu ni allowance masuk, aku beli sendiri..
oh, kan best kalau penulis novel ni baca belog aku, kemudian beliau rasa terharu lantas menghadiahkan sebuah novel ni free sekali dengan pos laju.. lagi best kalau kak shidah sendiri datang bilik siap cakap dengan nada sopan, "nazeerah, ni ada parcel dari imraan haaz untuk you"
senyum sorang2, berangan~


p/s: penulis novel ini merupakan penulis blog satuhala, gambar ni pon aku amek dr blog beliau.. harap beliau tak kisah, aku tolong promote ape.. hehe

Monday, August 23, 2010

sila makan (bila dah masuk waktu buka ok)


ini lauk pauk yang kami satu rumah masak semalam.. banyak?? ye, memang banyak..
spaghetti, ayam masak kicap, petola tumis air, ikan bilis tempoyak..
yang dasatnya, semua makanan tu habis, mungkin benar kata orang, kami ni lebih kepada mentekedarah..
dah beberapa hari sebenarnya kami masak sendiri lauk berbuka, tapi semalam baru terfikir nak snap gambar, sebelum ni, bunyik je azan kitorang pun senyap... makan..
oh, by the way, sempena pertambahan umur kat UTP ni, rasanya skill memasak kitorg pon dah makin meningkat.. tapi belum boleh lawan saudara hatim yang boleh masak kari ngan kurma dlm jamban, kitorang masih kena masak kat dapur la.. hehe..

hari ni nak masak atau beli?? belum decide sepenuhnya, tapi ura2 mengatakan kami mungkin bakal mentekedarah lauk bazar ramadhan hari ini.. (bazar ifthar kate mereka)~lalala

Sunday, August 22, 2010

nak balik 33333x


omaigod, seriusly rasa nak balik soeharto..
ini bulan puasa pertama sepanjang aku kat UTP yang ak tak balik rumah..
selalunya, busy ke tak busy, mesti ada salah satu jumaat yang ak tuang kelas dengan alasan kukuh nak balik rumah berbuka sama mak abah..
selalu tu, bangun pagi je, tanpa segan silu dengan beg galas kat bahu aku jalan kaki menuju ke pak guard.. kadang2 berlari-lari anak sebab dari jauh ak dah nampak bas dah nak sampai kat bus stand tu..huhu.. tapi tahun ni x dapat la.. tuntutan kerja ETP serta beberapa test tough yang menghantui diri menyebabkan aku berkeputusan untuk tidak ikut kawan2 pulang minggu lepas..
ak ingat aku dah cukup tough dan kentang untuk menghadapi kenyataan yang 4hb 9 baru boleh balik rumah, tapi rupa-rupanya hari ni hati kecil ku meronta jua nak balik... waaaaaaa
siapa boleh setelkan problem besar aku ni, sila angkat tangan sekarang!!!


ini hari first day raya tahun lepas, tiada gambar lawa sebab rushing mau ke rumah mak lang


p/s: soeharto itu kampung halaman aku, lokasi di hulu selangor, bukan di indonesia okay!! eh tadi, terfikir nak cek first post ak kat blog ni, bulan 5 la... dah belated besday rupanya belog aku ni, patut la sejak dua tiga bulan ni asyik2 buat hal je belog ni, ak tak wish besday la tu.. hoho.. kira ok la ni dah tukar baju, kan???

Friday, August 20, 2010

lakaran kehidupan

Kau cuba mencari dan kau amati
Hakikat hidup ini
Seribu nan kisah dirasai
Di pentas lakonan diri

Lakaran kehidupanmu
Tertulis kini
Semua telah termetri
Yang pasti ketentuannya nanti
Suatu hari kan terbukti

Wahai insan apa kau cari
Hidup penuh ilusi
Suka duka datang berganti-ganti
Cuma keikhlasan di jiwa
Menjadi harta berharga
Sucikan hati pasti sinar menjelma

Di kananmu budi kirimu duri
Pilihanmu sendiri
Usahlah kabur di persimpangan
Tetapkan mana haluan

Lakonan di pentas ini
Akan terhenti
Pabila tibanya hari
Yang pasti ketentuannya nanti
Suatu hari kan terbukti





oh, sekonyong-konyongnya (saja guna perkataan baru, bosan la asyik guna tiba2) saya teringat lagu ini.
lagu tok ti tajuk lakaran kehidupan..
korang ingat tak??
masa lagu ni tengah femes gila dulu, time tu TV3 tengah gila2 buat 3D kat tv tu..
habes la semua klip2 video depa buat jadi 3D,
termasukla klip video lagu ni,
masih jelas di ingatan i (wahh ayat..) time tu aku x berapa nak besar lagi la..
eksaited gila la nak tengok klip video tu..
oh, masa tu jeles gila tengok orang ada cermin mata 3D yg kaler merah biru tu..
dalam hati siap cakap nanti besar first gaji ak dapat nak beli cermin mata tu (okay, hiperbola di situ)
tapi sebenarnya bila tengok x de la gempaq mana klip video tu..
setakat keluar cahaya2 kelip2 tu, maen bunga api lagi real..
sape beli cermin mata tu mesti nyesal.. haha.. padan muka..



p/s: post ni ditulis masa sahor ( bukti aku bangun sahor )

belog saya pakai baju baru

hai 3x..
jangan terkejut, anda masih berada di blog yang betul, haru haru yang kini dalam versi dan mood puasa+raya, jadi kita tukar sikit baju dia okay :)
kredit kepada roommate saya yg bagitau saya blogspot ada design template baru, barulah saya dapat pakaikan baju baru kat blog saya ni dengan design bubble2 biru yg comel..
arigato...



Friday, August 13, 2010

puasa

kejap je, 3 hari suda ek, kita puasa..
alhamdulillah, stakat ni blom ada puasa sekerat hari.. hehe
nak story sket, dah dua hari buka kat masjid, mmg save lah wa cakap lu..
dua hari x keluar duit pon beli juadah buka.. hehe.. alhamdulillah..
tapi hari ni hujan pulak, disebabkan agak sukar nak menapak ke masjid dlm hujan sbb x da payung, plus housemate yg ada kereta semua balik, so, hari ni decided utk beli je kat v3..
so, hari ni terpaksa la jugak pecah duit 50 utk bayar makanan harga 3.80..
ingatkan nak tengok la duit 50 yg baru withdraw tu boleh tahan brapa hari x pecah, last2 pecah gak.. (haha, kedekut gila kan, makan pun nak berkira)
actually, azam untuk saving gila2 ni bukannya apa, hujung tahun ni intern, kompem pakai duit punya, nak bayar deposit sewa rumah, beli barang2 dapur, toiletries segala.. pakai duit tu..
disebabkan azam utk x nak withdraw saving ASB, so, the only solution is.. pandai2 la jimat duit na..
oh, hari ni my roommate balik rumah dia jengka 11, ana pun balik sg besi, mira x yah kata la.. burung belom bangkit tidoq lagi dia dah stat kereta pi balik setiawan.. rumah sekangkang kera, balik kan main awai lagi.. apakes??? mira jgn marah na.. hehe


p/s: ada ke cerita upin ipin baru kat tv9??? rindu la nak tengok upin ipin ( mcm la diorang tu anak buah ak nak rindu2..) rindu nyanya ngn adam la~

Wednesday, August 11, 2010

salam ramadhan

first day puasa..
hari ni hactic gila sbb klas stat pkl 9, habis pkl 1..
pukul 2 jumpa sv n boleh lak hari ni my sv bawa pegi round dia punya lab,
siap tunjuk all the equipment yg mahal gila, including dryer room yg sejuk gila, but then humidity die just 5% je.. imagine la puasa2, masuk bilik 2 terus kering gila kot ak, hidung kering gila, nak korek puasa lak..rasa cam dehydration dah (ceh, poyo je)..
so, hari ni baru la ak dpt tengok the other side of UTP.. disebalik bangunan USM lama yg macam lame gila tu, rupa2nya ada equipment yg dasat2 segala lah..
untuk korg yg x tau, lab 2 located dekat bangunan yg ada glass hijau 2.. bangunan belakang building 20.. tau kan???
so, ceritanya, sambil team kitorg di bawa jalan2 sekitar lab tu, sv kitrg pon suggest utk wat pasal the third generation of solar panel.. developed by her and her research team..
project tu nmpk menarik and personally i think it have values la.. but the ak pon x sure wether we can develop such project considering we are all amature..
apepon kene usaha dlm lebeh kurg 8 minggu lg utk make sure our project meet their expectation...
so, di kesempatan ini, ak pun nak wish kpd semua org, selamat menjalani ibadah puasa..
puasa, jangan tak puasa.. ETP, ETP gak, intern, intern gak, tp ibadah jgn di lupa..
bulan ramadhan ni la kita nak menambah amalan kita kan2?? hehe..
ok lah, adios..
hari ni, ifthar masjid, jimat sket.. hehe


p/s: td kat lab tu ada bro hensem okay, tu yg wat i boleh bertahan tu, berdiri lama.. haha

Sunday, August 1, 2010

lame saye x post kan???


salam
lame x post, biaselah, cuti sem.. ternet umah bukan laju sgt nak posting2 neh.. hehe
btw, skng ni semua org pon tgh kabut pasal ETP n intern..
ETP grup ak pon x sure gi nak wat pe, sv pon blom jumpe.. so far, ak rase idea wat dustbin 2 cam ok gak.. ak pon dah search sket2.. tengoklah nant camane..
intern lak, sab2 ni kalo x silap ak ade 1st briefing.. cv ak pon lom siap gi.. tempt nak intern pon x tau nak apply mane.. rase cam kerdil je diri ni compared to other chemos yg perform giler.. hoho
apepon, usaha, tawakal, insyaAllah ade rezeki, ade lah.. nak gelabah sgt pon x gune kan2??

n one more thing, for those yg blom tau lg, mase cuti sem hr 2, team nasyid saye menang pertandingan nasyid peringkat kebangsaan felda.. hehehe.. dapatla RM4000, tp dah bg2 sumer, dpt la sorg RM400.. ok la 2 kan, sape nak bg duet 400 gratis.. hehe..


from left : kak ean, asila,aqidah,ipah,safiq,nasir, ejum, saye :)

adios :)

Thursday, May 27, 2010

terima kaseh semua :)

salam..
hari ni last paper, PI merangkap besday ak.. hehe
terima kasih la kat semua org yg dah wish..
semoga doa kalian buat ak 2 diperkenankan Allah SWT..
insyaAllah..

seriously, ikhlas dr lubuk hati yg plg dalam(cewah.. haha)
TERIMA KASIH



kad birthday dr dien n bracelet :) thnx rumet terchenta.. hehe


kad birthday dr ana.. thnx ana :)



bantal pink yg sweet from mira n wani.. sile perhatikan betul2 kat ats belah kanan, ade tg tulis miss princess.. woot2.. haha.. org2 yg ala2 princess je leh ade bntl neh.. hekhek.. menggedik.


td abah wish birthday ckp omputih!! haha.. thnx abah

Monday, May 24, 2010

besday dik dina

kami.rumet.poyo


yeay.. hari ni besday din aka dik dina..
die skang ni ngah busy dok mengusha comment2 wish besday yg tlh didropkan kat wall fb die.. haha

even cam dah agak lmbt nak post kat sini, but still ak nak post gak..
HAPPY BIRTHDAY DIN!!!
semoga kematangan ko meningkat seiring ngn peningkatan umur kau..
hehe..
ak doakan agar Allah beri yg terbaik utk kau dunia akhirat, insyaAllah..
btw, bile dah kaya, jwtn tinggi, bawak keter besau nnt jgn lupe ak rumet ko ni eh.. hehe


btw nak wish semua org..
GOOD LUCK!! ONE MORE PAPER 2 GO..
GO 4 IT CHEMOs..
:)
adios

Sunday, May 23, 2010

sweet 21 lina ulfah




salam
HAPPY BESDAY Lina..
seyes ak rindu nak borak ngn kau cam dulu2..
huhu..
semoga Allah beri yg terbaik buat kau dunia akhirat eh..
kalo ko kawen nnt ajak la ak.. hehe
ak harap ko kawan ngn ak smpi bebile eh..
after all, ak kan kakak ipar ko.. haha
sorry for everything
:)
adios amigos


p/s: even ak x sure lina bace ke x post ak ni.. but still ak nak wish gak..
Friend forever :) hooi, asal ak rase toching lak pepagi buta ni???


Thursday, May 20, 2010

exam, saya, dan emak saya

yeah msk hr ni dah habis lah 3 paper saya lunaskan. (betul ke penggunaan 'lunas'??)
td ITM kuar awal kot.. (budget betul sumer padehal mls tunggu lame..)

post kali ni sebenanya saya nak citer pasal mak saya..
selalunye kite student neh, mmg slalu tepon mak ayah mlm before exam or pg before msk dewan, kan2?? mintak doakan kita dipermudahkan.. adat org berjuang.. ceh2..

macam biase ak pon tepon mak mlm before first paper hr 2..(penggunaan kata ganti diri saya sengaja ditukar menjadi ak sbb cam x rock je pakai saya, haha)

so, borak punye borak ngn mak, tnye itu ini sumer, mak pon tanya la ak, soalan mak berbunyi begini: "esok exam ape lang??"
ak pon serba salah ar nak jwb, sbb slalu kalo paper yg cam berkait sket ngn math, ak ckp je matematik, tp ni paper PSLP kot.. cam x same je ngn math..
so nye ak pon jwb je ar, "urm.. name paper 2, process safety n loss prevention"..
pas 2, gembel je mak jwb.. " ooh, pnjg eh name die, cam name kueh jek" hehe..
cool kot mak ak.. mak korang ade cam 2?? hehe

paper sepro lak die ckp.. "oh.. yg mcm msk2 tu eh..", manakala paper ITM lak die ckp " yg mcm nyapu2 ngn tanam bunga 2 eh.."..

hoho.. btw, mak ak melawak okay.. mmg die x tau pon mende2 ni sumer, tp die penah ckp kat ak yg dia bangga sbb anak2 dia tau..
if only mak dpt chance blaja cam ak, ade scholar, ntah2 mak lg perform.. stock2 dean's list jer every sem.. cam din.. haha

ok lah.. jom balaja..
adios
chill :)

Tuesday, May 18, 2010

:0

p pain without the "p"

boley ke cam 2???
what to do eh???
huhu

Wednesday, May 12, 2010

jadual exam

final draft jadual exam dah kuar..
yg x bestnye jadual kami dak2 chemo same je x de ubah pon..
5 paper dlm 10 hari..

pslp
sepro
ITM
probstat
(next week)

RE n PI lak a week after..
gilak2..
hoho..

good luck la kat semua dak2 chemo..
hope kite still perform even jadual exam serabot..
hoho..

usaha2!!!!

k lah..
chill~

stress study week

asal study je stress, asal stress je study (tipu giler)
ada cdgn cam ne nak wat jd x stress x??
please2...... ak nak perform lah sem neh..

Tuesday, May 4, 2010

menderita penyakit M..

test 2 pslp baru je selesai siang tadi..
cam biase, soklan ntah pape giler..
laen sungguh ngn test lepas2..
gilo.

esok ptg pkl 5 ade test sepro lak..
kalo la test 1 ak perform hr 2, x yah amek test ni..
boleh rehatkan kepala otak ak ni..

MALAS.
gilor malas nak study.. rase cam nak tgk citer je skang ni..
huhu..

kalo study esok sempat x?? huhu..
malas la.. penat tau.. huhu

k lah, bak kate sumone, kalo ak study skang ni dah brape chapter habes..
hoho..

adios
chill ~

Thursday, April 29, 2010

6 test in waiting list (status rumet)

12.36 am..
tgh setadi PI.
esok test pkl 5..
baru je habis test probstat pkl 5 td n less than 24 hours, kene wat test lg.. hadooi..

btw, test probstat td mmg "tang" ar..
x expect lgsg soklan 2.. ade ke patut kuar anova table..
tgk test paper last sem soklan2 standart je..
skali test sem ni bapak sengalnye soklan..
dah 2 ade ke patut die x bagi rumus nak cr CI t-distribution 2..
mmg la agak simple, tp ingatnye ak x de mende laen ke nak hafal instead of menatang rumus 2?
huhu.. apedah.. hoho..
apepun, bersyukur sgt n thanks sgt kat GA foreigner 2 yg bgtau ak cane nak bace anova table 2..
kalo x mmg ak hntr kertas kosong dr depan smpi blkg..hoho..
moral of the story hr ni, expect the worst.. walaupon rase segala usaha stay up-minum nescafe-tido lmbt 2 macam x berbaloi, tp insyaAllah berguna gak utk final dan ilmu mungkin???hoho

really hope that tomorrow better than today..
jom stady giler2 pnye!!!
adios..
chill lah~

Saturday, April 24, 2010

pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor


salam.
yup, sesuai ngn title post ak kali ni,
pilihanraya kecil parlimen hulu selangor, esok, sumer org kg ak akn turun mengundi (agaknyela)..

tp ak x kesah sgt pon dgn pilihanraya 2..
ak pon blom layak ngundi lg..(hehe, mude lg rupenye ak neh)
yg ak kesah ialah semua org gather kat rumah esok..
td mak ckp (thru phone, of course), die baru je beli ikan plus sayur ngn banyaknye coz esok, sure pnye semua siblings abah akan balik kg mengundi..
td pon die tgh rebus ketupat (adabi je) ngn masak kuah kcg sempena kepulangan si "pegawai tadbir && diplomatik" dr Putrajaya aka angah..(lame sgt dah die x blik, 2 yg kene wat sambutan besar-besaran 2, naseb baek abah x tabur pulut kuning depan rumah.. hekhek, gelak sket2 je ala2 ustaz pisol)..

maaak.. nak balik jugak.. lame gak x jumpe akak ku yg ciwek n angah ku yg garang..
boboy yg senyap plus adek yg riang2..
saat cam ni la wat ak rase cam nak giler ade keter.. boleh ak blik pg2 td, n blik semula UTP esok pg.. (cewah planning kemaen)

if only keter boleh turun dr langit.. haha..(impossible)
nak balik nak balik nak balik (100x)...

ok, enough, jerit2 cam org giler dlm belog nak wat ape? belog bukan boleh hantar ak balik umah..
adios je lah..chill~

p/s: marilah mari, pergi mengundi, jgn lupa kewajipan pada negara.. (lagu mari mengundi dr kopratasa)

Wednesday, April 21, 2010

fityan imtiyaz

salam..

Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah



(Raihan, mari berhibur)

suddenly rase rindu kat group nasyid ak Fityan intiyaz..
even ak join group ni secara bidan terjun, (sbb replace org),
n sempat ngn dierg within 2 weeks je..
tp rase cam family..
huhu.. ni antara lagu intro group kitr sbnanye.. tp x guna pon mase perform kat UiTM hr 2.. juz practice je..
harap ade lg performance dlm mase cuti sem nnt.. boleh la ak join.. hehe..
rindu nak tgk plus gelakkan islah n syafiq lawan melatah..
asal melatah mesti sebut terung.. hoho..

x de gamba nak upload..huhu

Tuesday, April 20, 2010

sang pemimpi

sambut hari baru di depanmu
sang pemimpi siap untuk melangkah
beri tanganku jika kau ragu
bila terjatuh ku kan menjaga

kita telah berjanji bersama
taklukkan dunia ini
menghadapi segala tantangan bersama
mengejar mimpi-mimpi

berteriaklah hai sang pemimpi
kita takkan berhenti di sini

kita telah berjanji bersama
taklukkan dunia ini
menghadapi segala tantangan bersama

reff:
bersyukurlah pada yang maha kuasa
hargailah orang-orang yang menyayangimu
yang selalu ada setia di sisimu

siapapun jangan kau pernah sakiti
dalam pencarian jati dirimu
dan semua yang kau impikan
tegarlah sang pemimpi

berteriaklah hai sang pemimpi
kita takkan berhenti di sini

kita telah berjanji bersama
taklukkan dunia ini
menghadapi segala tantangan bersama

repeat reff [2x]


p/s: saye dedicated lagu ni kpd semua kawan2 saya kat UTP ni.. segan nak ckp, tp.. korang, ak sayang korang.. thnx 4 being my friend eh.. hikhik(gelak2 chumil)