Sunday, September 26, 2010

laptop saya sakit lagi

omg my lappy jatuh sakit lagi..
walaupun kali ni tak berapa teruk sampai masuk icu, tapi kalau pegi hospital rasa2 still kena masuk ward.. huhu..
dah cek blood pressure dia semua ok, but still x leh connect ternet.. mungkin ada problem dgn sistem limfa dia la..hoho
btw, terima kasih wani kasik pinjam laptop sementara ko pergi mandi, aku janji guna kejap jek.. hehe
apepun, tiada peristiwa best sepanjang minggu ni untuk di'update'..
next time ada citer best aku update ok:)
babai.............

Monday, September 20, 2010

raya vs wedding

raya tahun ni sangat2 busy sampai aku nak pegi mengusha rumah baru style full house versi tepi parit kepunyaan wak sulastri pon tak sempat..
orang lain semua dah pergi rumah beliau yang dengar cerita siap ada fountain plus taman2 tepi rumah siap spotlight nak kasik highlight garden tu.. aku x de.. korang ada??

berbalik kepada cerita sebenar aku pasal raya yg busy melampau, first raya budak2 dah buat baraan kutip duit raya, dah la kutip duit raya, bg air ada ke patut dia mintak setitik je dlm cawan, ntah berapa rumah la dierang ni serang, siap tumpang2 berak lagi.. x senonoh!!

raya tahun ni jugak sgt busy sebab prepare utk wedding angah aku pada hari raya ke 9.. keluarkan cawan pinggan mangkuk segala, basuh, polish periuk belanga kasik kilat, etc.. penat2..

tapi sedeh sikit sbb ni lah tahun last kami raya sekeluarga, tahun depan angah mesti raya ngn keluarga mertua, tetiba rasa betul gak org kata kalau nak carik suami carik yg yatim piatu x yah gadoh nak balik raya.. (sat gi nak usha rumah anak yatim lah) ngehngeh
tp nak wat camna, lumrah hidup.. jodoh, pertemuan, hidup, mati, semua di tgn Tuhan..

hari ni isnin, aku baru je sampai ke sarang UTP ni dengan menuang dua kelas pukul 8 smpi 12..
haha.. penat gila weyh, lepas kenduri rumah aku, pi belah lelaki pulak, pas 2, tolong mak aku basuh periuk belanga lagi skali, sapu, mop lantai, angkat kerusi meja, sofa, etc.. bnyk kot kerja.. huhu.. korang nanti nak kawen sila sediakan jentera pengemas rumah supaya adik2 korang semua x sakit betis dok mengemas sini sana.. naseb bek dapat duit upah basuh periuk dr abang ipar.. hehe..

apepun, buat angah, dah kawen jgn lupa kami na.. selalu2 la jenguk mak abah kat kampung..






Monday, September 6, 2010

selamat hari raya

selamat hari raya semua orang :)

enjoy lah cuti raya puas2 x yah fikir pasal ETP, intern segala..
come on lah, ni cuti ok, raya pulak tu~
hehe


selamat hari raya aidilfitri
kalau ada salah silap, mohon maaf zahir batin ye,
dr hujung rambut hingga hujung kaki

oh ye, teruskan meng'kelik' iklan nuffnang di belog saya ni ya :)
terima kasih... ngehngehngeh

notakaki: terima kasih sap bg kad raya:)