Monday, April 16, 2012

syukur alhamdulillah

Syukur itu bunyinya kedengaran mudah tapi melaksanakannya payah.
seringkali meniti di bibir kita kata-kata syukur Alhamdulillah namun bukan setiap kali kata-kata itu seiring dengan apa yang terpendam jauh di sudut hati.
sedar atau tidak, sebenarnya nikmat yang Allah berikan kepadaku amat luas seluas lautan namun amat sedikit yang aku syukuri. Astaghfirullah..
seringkali aku cemburu pada kecantikan wanita lain, kecantikan wajahnya, pakaiannya, bentuk badannya, harta bendanya. 
bahkan pernah aku memohon kepada Allah agar aku dikurniakan bentuk badan yang cantik,kurus seperti wanita lain. astaghfirullah. jahilnya aku. 
sesungguhnya aku lupa Allah itu Maha Bijaksana. Dia menciptakan setiap seorang itu berbeza-beza. Sering aku lupa bersyukur malah bersedih dengan bentuk fizikal Allah berikan kepadaku. Astaghfirullah, Allah, ampuniku. 
Aku tenggelam dalam perasaan ku sendiri sedangkan aku lupa nikmat yang Allah beri kepadaku. nikmat kesihatan, nikmat penglihatan, pendengaran, kebolehan berbicara, berfikir, peluang belajar, scholarship.. terlampau banyak nikmat Allah beri kepadaku sehingga tak terhitung jumlahnya. Dasar manusia, tidak pernah puas, tidak pernah cukup dengan seadanya. Aku terlampau melihat ke atas namun aku lupa memandang ke bawah. Di kala aku bersedih dengan fizikal yang kurasakan kurang cantik, ada insan lain yang mengidamkan untuk jadi seperti aku, dapat belajar, berlari, sihat tubuh badan, punya keluarga bahagia. Sering aku malas dan menangguhkan solat sedangkan ada insan lain yang berharap agar mereka dapat solat. Astaghfirullah, aku berdosa Ya Allah. Sesungguhnya terlampau banyak nikmat Allah beri kepadaku. Aku BERSYUKUR ya Allah, syukur sangat!!! Terima kasih Ya Allah. 
Syukurlah sekarang sementara ada waktu kerana esok lusa belum pasti kita masih punya waktu. 

note: seorang sahabatku ketika ini berada di hospital sg buloh akibat kemalangan. cedera parah. sekarang masih koma. sekurang-kurangnya kita dapat hidup sihat bahagia hari ini sedang orang lain bergelut dengan kesakitan. Mohon kalian hadiahkan bacaan Al-Fatihah kepada Noorain Umairah bt Nordin, moga dengan barakah doa kalian, Umairah akan disembuhkan Allah. InsyaAllah