eh, dah jumaat ke?? bila dah hujung2 sem ni cepat betul masa berlalu.
rasa macam baru semalam dapat task project econs padahal dah dekat dua bulan Dr zul bg, hari ni due date, start buat semalam.. amacam?? ada bran?? kami sehousemate sekelas memang kentang nasib baik la bahan untuk projek dah di prepare awal itupun related gambar tak cukup lg.. bertambah-tambah perasa kentang kami bila malam tadi internet blok kami ni down menyebabkan satu gambar pun kami tak boleh cari. ntah berapa banyak carutan manja yg kami bagi kat internet UTP, kami pun tak pasti.. walaupun tanpa internet projek mesti diteruskan jua kalau tak burn la 30% kau..mana nak cari 30%, kalau jadi maid di rumah Dr Zulkifli selama seminggu pun belum tentu beliau bagi 30%, tapi kalau kau jenis yg pandai ambik hati bini beliau mungkin jugak beliau bg 2.5%..
strategi perlu disusun untuk menghasilkan projek yg perform walaupun disiapkan last minute, related picture wajib jugak dicari.. kebetulan hari ini ada klas iCON kat lab building 5..
datang ke kelas dengan muka cute cuba ambil hati pengajar, untuk sejam pertama buat muka faham siap catit notes segala, buat semua yg beliau suruh dekat iCON, masuk jam kedua dah mula buka email usha ade ke x offer intern (hampa), lepas tu, dah tak dengar apa beliau kata, sibuk cari gambar untuk projek econs je lah..
habis kelas iCON pukul 12 sharp, lunch (wajib), terus pegi siapkan projek econs yg tergendala.
akhirnya siap juga dalam pukul 4.20.
siap cepat2, pergi print kat luar, ana drive laju gila, sambil potong kereta kancil kat depan sambil cakap sorry, kami emergency..
siap print lari2 ke building 21, and finally, berjaya masukkan projek econs dlm pigeon hole Dr. Zul, nyaris gila, lg dua minit je nak pukul 5..
nasib baik, alhamdulillah.. hehe
korang2 yang belum expert untuk buat macam kitorang ni, please, jgn tiru aksi ini di rumah ye, dangerous!!!
p/s: harap jam Dr Zul tak cepat 5 minit, nahas lah kalau ya..erkkk~